Tuesday, December 16, 2008

Sepatu untukmu

rasa nak gelak pn ada jg bila seorang yang selama ini berada dalam takhta kerajaan yang paling besar di hadiahkan sapasng kasut yang agak mahal..hehe..klu la sdr/sdri igt@pernah dengar kisah raja Zamrud,sperti allah merakam balik kisahnya..kadangkala kehinaan yang datang dari-Nya sering kita perlekehkan.Ambil iktibar dari kisah adalah salah satu cara untuk kita insaf dari melakukan kesalahan.Kita juga harus fikirkan kembali mengapa allah pertontonkan kepada kita kejadian yang amat memalukan itu.Ini kerana allah sentiasa mengingatkan kita kehinaan mahupun kehormatan adalah datang daripada Allah.

Monday, December 15, 2008

Jom menyimpan

Penduduk malaysia telah pn banyak menikmati segala kemewahan.Banyak income ataupun pendapatan yang kita perolehi kerana malaysia adalah salah satu kerajaan yang mempunyai banyak aset.Pendek kata,semua boleh hidup kalau duduk kat malaysia.hehe..tapi tu smua bagi mereka yang rajin dan xmudah untuk berputus asa..bagi yang sebaliknya,nereka mampu untuk menjadi lebih selesa,tapi mungkin dalam masa yang singkat..kerana kejayaan yang datang dari usaha sendiri adalah lebih diberkati.Semenjak saya menceburi bidang perniagaan,saya sedar dimanakah status orang islam pada masa kini.Jauh berbeza dengan apa yang terjadi sewaktu pemerintahan nabi Muhammad s.a.w.Orang islam sendiri mampu untuk berdiri sendiri dan dapat membantu orang lain.Hmmm..Sebagai contoh,Abd.Rahman bin Auf.Seorang muslim lagi mu'min yang berjalan dengan hartanya seirirng dengan sifat yang pemurah..Allahu akbar!! Jangan la berasa malu dan buntu untuk kita memulakan sebarang perniagaan.

Menyesal....

Baru-baru ni SPINS menganjurkan PUISI.Saya dah janji dengan abg Hazwan nak turun kt PDI.Tapi ada tugasan lain yang terpaksa saya ikut.

Rasa menyesal yang teramat bila fikir-fikir balik apa yang sahabat SPINS dapat.Walaupun dari segi aulawiyatnya saya kena ikut program institut,tapi saya rasa lebih bermanfaat ikut program PUISI.Mana lagi saya nak cari program camni ddan apa lah persepsi sahabat SPINS kat saya.

Lebih memilukan lagi,sepanjang saya mengiluti program institut,saya masih terpinga-pinga,apakah manfaat yang saya dapat?? Baik dari segi metarial mahupun rohaniah,i gets nothing. Bukan nak mengaibkan mana-mana pihak,tapi bagi yang terbaca,belajarlah fasal aula-alwiyat dan beristikharahlah moga allah bimbing kita untuk memilih mana yang baik dan mana yang kurang baik untuk kita.

coretan pertama


Assalamualaikum wrh wbt.... sebagai pengenalan, saya syukri...kisah hidup ni memang panjang..ade time kite naik tinggi..tap ade time,kite jatuh...2 la tema hidup sy..hehe. lawak kan.

Saya tinggal di pinggiran bandar Seremban. Kira orang bandar jugak la ni. Tapi saya lebih suka kampung. Kampung saya kat Rembau dan Jelebu. Dulu masa kecik-kecik saya ni memang aktif dan suka mandi sungai.

Saya ni suka berkawan dan sekarang ni tengah mulakan satu bisnes dalam kewangan. Walaupun latar belakang saya adalah hafal Qur'an tapi impian saya untuk menjadi kaya. Macam Abdul Rahman bin Auf la gitu. Islamik la gitu kan.

Okla, sesiapa yang lawat blog ni dan sudi berkawan dengan saya, silalah baca coretan hidup saya dalam blog ni. Saya namakan ia 'the destiny of life'- Ingelis tuu...hehe.