Friday, July 24, 2009

SOMETIMES THERE'S A GOOD REASON TO STEP OUT OF LINE


Kadang-kadang kita perlu membuat keputusan yang amat menyakitkan demi sesuatu perkara yang mustahil untuk kita putuskan..namun,hakikatnya(slalu kluar dlm movie plot camni) kita harus menerimanya..kita pernah bangunkan sama-sama namun cukup sekadar seorang yang tidak pernah bersama dalam perjuangan kita untuk menghancurkan apa yang sudah kita bangun kan....kita bermula dari 'zero' hingga kini,hanya ingin melihat sebuah blok yang disewa menjadi menara tinggi yang tertulis nama syarikat yang dicipta...segala usaha yang diusahakan tanpa gaji hanya dibalas dengan lontaran kata 'macam sampah!!'..memang itu fitrah yang biasa oleh mereka yang dimuliakan dan mengharapkan kemuliaan.tidak mahu menghargai walaupun dia selalu dihargai..tidak mahu menghayati usaha pahit&perit tapi hanya mengungkit!! Dalam hati kecil hanya mengulangi perkataan ini 'dah la bt keje xdapat gaji pastu kene kutuk plak 2.malu lak ai depan diorang kene.selmat diorang faham.sape suke kene kutuk cam2.org bt keje sehari die pandng,yg bt keje dari mule smpi skrng trime kash pn x..siap kutk plak 2'...biarkan semua ini berlalu dan semoga cepat hati ini lupakan... SOMETIMES THERE IS A GOOD REASON TO STEP OUT OF LINE!!!!!

Monday, June 22, 2009

mampu


manusia yang terjerumus dalam kemurahan sifat manusia itu sendiri adalah mereka yang sombong.mereka begitu susah mengeluarkan kata2 penghargaan yang hakiki.mereka terlalu lemah untuk mengucapkan' terima kasih' kepada orang disekelilingnya.mereka terlalu cepat melupakan kebaikan orang lain kepada mereka.mereka terlalu angkuh untuk mengaku kesalahan yang terang-terang mereka lakukan.mereka terlalu bongkak untuk bergaul bersama orang yang baik dengan mereka.mereka terlalu mementingkan orang yang sementara berbanding orang yang sentiasa kekal bersama mereka.mereka terlalu memilih dan menilai kawan untuk mereka pergunakan.dan mereka terlalu capat menilai keburukan orang lain sehingga terlupa nilai keburukan mereka sendiri.......'hadapinya dengan tabah wahai sahabat..sehingga hati menjadi teguh untuk berdiri dalam perjuanganmu..lupakan mereka yang melupakan dirimu..aku yakin sampai suatu masa kutemui sebuah kehidupan yang kuimpikan' (bait-bait syair si Qais)

Monday, June 1, 2009


semalam telah berlalu
hari esok bertemu nanti
musim tiba
bertukar ganti
lumrah kehidupan ini....
hembusan bayu
nikmat terasa
mekar menguntum berbunga rindu
di jiwa,pada kedamaian ini ....
dibumi tercinta indahnya..

ingatlah wahai
warga dunia nikmat dicurahkan
kepada kita dan bersyukurlah
dengan kurniaannya...

jalinkan kembali persaudaraan sesama insan
elakkan dari persengketaan...

bertindak dengan akal dan fikiran
anugerah paling berharga
ikhlaskan hatimu
dan jujur....

ia kan membina dunia ini dengan kedamaian
bahgia dan aman sentosa
kekal hingga keakhirnya..

Saturday, May 30, 2009

bangkit sebuah kerinduan..

hari by hari manusia akan merasai suatu transfromasi dalam hidupnya..revolusi yang terjadi dalam diri manusia akan menjadi rahsia sekiranya kita kita tidak mahu menyedari kebangkitan itu.sedangkan revolusi itulah yang menjadi rindu bagi setiap makhluk yang bernama insan...kebangkitan ini tidak memerlukan alatan teknologi yang begitu canggih sehingga berjaya menembusi alam cakerawala,dan tidak perlu kepada bomoh yang malapetaka..namun ia perlu kepada sebuah meditasi iman yang akan menghubungkan kita(akal) dengan kita(hati)...dengan cara ini kita akan mampu merasai sebuah kebangkitan yang wujud dan terjadi dalam diri kita..

Saturday, March 28, 2009

Tuesday, December 16, 2008

Sepatu untukmu

rasa nak gelak pn ada jg bila seorang yang selama ini berada dalam takhta kerajaan yang paling besar di hadiahkan sapasng kasut yang agak mahal..hehe..klu la sdr/sdri igt@pernah dengar kisah raja Zamrud,sperti allah merakam balik kisahnya..kadangkala kehinaan yang datang dari-Nya sering kita perlekehkan.Ambil iktibar dari kisah adalah salah satu cara untuk kita insaf dari melakukan kesalahan.Kita juga harus fikirkan kembali mengapa allah pertontonkan kepada kita kejadian yang amat memalukan itu.Ini kerana allah sentiasa mengingatkan kita kehinaan mahupun kehormatan adalah datang daripada Allah.

Monday, December 15, 2008

Jom menyimpan

Penduduk malaysia telah pn banyak menikmati segala kemewahan.Banyak income ataupun pendapatan yang kita perolehi kerana malaysia adalah salah satu kerajaan yang mempunyai banyak aset.Pendek kata,semua boleh hidup kalau duduk kat malaysia.hehe..tapi tu smua bagi mereka yang rajin dan xmudah untuk berputus asa..bagi yang sebaliknya,nereka mampu untuk menjadi lebih selesa,tapi mungkin dalam masa yang singkat..kerana kejayaan yang datang dari usaha sendiri adalah lebih diberkati.Semenjak saya menceburi bidang perniagaan,saya sedar dimanakah status orang islam pada masa kini.Jauh berbeza dengan apa yang terjadi sewaktu pemerintahan nabi Muhammad s.a.w.Orang islam sendiri mampu untuk berdiri sendiri dan dapat membantu orang lain.Hmmm..Sebagai contoh,Abd.Rahman bin Auf.Seorang muslim lagi mu'min yang berjalan dengan hartanya seirirng dengan sifat yang pemurah..Allahu akbar!! Jangan la berasa malu dan buntu untuk kita memulakan sebarang perniagaan.